Tuesday, April 07, 2009

pengorbanan sebuah cinta...

Pulang dari kerja, Syariza melihat surat di dalam peti suratnya. Hmmm, surat-surat biasa sahaja. Bil telefon, bil air, bil eletrik dan surat-surat biasa yang lain. Tetapi ada satu surat bersampul warna coklat. Dari siapa agaknya ni. Masuk ke rumah, Syariza meletakkan surat-surat tersebut di atas meja. Melainkan surat yang bersampul coklat itu. Dibawa bersamanya naik ke bilik. Dia meletakkan surat tersebut di meja soleknya. Kemudian terus Syariza mencapai tualanya dan menuju ke kamar mandi bagi membersihkan dan menyegarkan dirinya yang agak keletihan sesudah pulang dari bekerja.

Apabila selesai mandi dan lengkap berpakaian, Syariza menuju ke meja soleknya apabila teringat kembali akan surat yang diterimanya petang tadi. Dia membawa surat itu ke atas katil. Dia berdebar-debar. Surat dari siapakah ini. Sebelum dibuka, dibelek-beleknya surat itu terlebih dahulu. Tetapi dia masih tidak dapat mengagak surat itu daripada siapa. Lalu, dia pun membuka surat tersebut dan mula membaca.

“ Sayangku Syariza…

Kehadapan kekasih hatiku Syariza, semoga berada di dalam keadaan sihat walafiat. Sya, sehingga di saat ini abang sentiasa mendoakan kesejahteraan Sya. Mungkin Sya tertanya-tanya mengapa abang menulis surat ini kepada Sya. Sedangkan baru minggu lepas kita berjumpa. Terlebih dulu abang ingin memohon maaf kepada Sya kerana selama ini abang banyak melukakan hati Sya.”


Dari bersandar di kepala katil, Syariza meniarap pula. Dia meneruskan kembali pembacaannya.

“ Disini abang ingin memberitahu Sya yang keluarga abang telah membuat keputusan untuk mengahwinkan abang dengan anak kawan ibu abang. Anak kawan ibu abang itu baru pulang dari melanjutkan pelajaran di luar Negara. Sebenarnya abang hendak memberitahu Sya pada hari kita berdua keluar bersama. Tetapi melihatkan Sya yang nampak gembira pada hari tersebut, abang tidak sampai hati untuk memberitahu Sya. Abang minta maaf banyak-banyak Sya. Abang berharap Sya tidak akan membenci abang kerana abang terpaksa akur dengan kehendak ibu abang.

Sya pun sedia maklum yang abanglah satu-satunya anak lelaki mereka. Abang tidak sanggup menghampakan permintaan mereka kerana mereka telah banyak berkorban demi abang. Abang tidak sanggup mengingkari permintaan mereka apabila mengenangkan kembali saat-saat abang terlantar di hospital dahulu. Ibu terpaksa bergilir-gilir dengan ayah menjaga abang yang terlantar sakit di hospital akibat dari kemalangan yang abang hadapi sewaktu pulang dari bertugas di Batu Cantonment dulu. Mesti Sya tahu bagaimana keadaan abang pada waktu itu. Cuma keadaan tidak mengizinkan Sya untuk menjaga abang pada waktu itu, kerana pada waktu itu Sya terpaksa pergi outstation selama 3 minggu.
Jadi abang berharap semoga Sya faham akan keadaan abang yang tidak sanggup melukakan hati kedua ibu bapa abang.”

Syariza mula menitiskan airmata apabila membaca surat dari kekasihnya itu. Mengapa ini semua harus terjadi kepadanya. Mengapa semua ini harus berlaku di saat dia telah menyerahkan cinta hatinya kepada kekasihnya itu.

“ Selain itu, abang turut berharap semoga kita kekal sebagai seorang kawan. Abang tidak sanggup sekiranya Sya terus membenci abang. Kerana semua ini berlaku bukan atas kehendak abang. Walaupun selepas ini, kita bukan lagi pasangan kekasih tetapi izinkanlah abang untuk terus menyayangi Sya sebagai seorang kawan. Sekian sahaja dari abang.

Salam sayang,
Rizal Iskandar


Syariza terus melipat kembali surat itu dan memasukkan semula ke dalam sampulnya. Airmatanya terus menitis jatuh ke bantal. Tidak disangka akhirnya dia terpaksa berpisah dengan kekasih hatinya. Dia tidak mampu hendak berbuat apa-apa lagi. Walau hatinya berat untuk berpisah, tetapi dia terpaksa. Rizal pula terpaksa akur dengan kehendak kedua ibu bapanya. Dia tidak mampu menghalang. Tetapi kalau di ikutkan hati, mahu sahaja dia memaksa Rizal mengotakan janji yang telah dibuatnya dahulu. Iaitu mengahwini dirinya dan membahagiakan dirinya. Tetapi dirinya masih waras dan demi kebahagiaan Rizal, biarlah dia yang berkorban. Mungkin ada hikmah disebalik perpisahan ini. Dia redha dengan takdir tuhan ini bahawa dirinya tiada jodoh dengan Rizal.

Lalu Syariza mengelap airmatanya dan terus menyimpan surat itu di dalam laci meja soleknya. Dia harus tabah dan tidak boleh terlalu mengikut perasaan sangat. Dia tidak boleh lemah dan dia harus meneruskan hidup ini dengan setabah yang mungkin. Dia juga harus memikirkan tentang keluarganya di kampong yang bergantung kepadanya. Dia tidak mahu hanya kerana masalah percintaannya, keluarga di kampong mendapat susah. Biarlah mereka tidak tahu akan keadaan dirinya kerana dia tidak mahu keluarga di kampong risau akan dirinya.

******************************************************************************************************************
Esoknya dia ke pejabat seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku kepada dirinya. Biarlah orang melihat dia tersenyum bahagia walaupun sebenarnya hatinya sedang menderita. Baginya, dia tidak mahu orang lain bersimpati kepada dirinya hanya kerana masalah cinta. hmmm, sungguh tidak masuk dek akal jika kerana masalah pencintaan dia harus memonyokkan mukanya depan kawan-kawan yang lain dan menarik perhatian orang lain akan keadaan dirinya yang sudah putus cinta. Buang masa sahaja semua itu. Lebih baik dia menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang belum disiapkan lagi dari memikirkan tentang masalah percintaannya. Di pejabat, baginya dia harus fokus pada kerja. Dan apabila dirumah barulah memikirkan tentang masalah peribadi.

*******************************************************************************************************************

malam itu, dia menelefon Rizal dan memberitahu bahawa dia sudah terima surat yang dikirimkan. Dia tahu Rizal pasti risau jika dirinya tidak dapat menerima akan perpisahan yang di pinta. Namun, dia akur dengan kehendak keluarga Rizal yang mahukan Rizal berkahwin dengan pilihan hati mereka. Lalu dia pun memberitahu kepada Rizal bahawa dia redha dengan ketentuan tuhan bahawa mereka tiada jodoh untuk bersama. Mungkin mereka dijodohkan sekadar untuk menjadi kawan biasa dan tidak lebih daripada itu. Rizal mengucapkan terima kasih kepadanya kerana dapat menerima keadaan ini dengan hati yang terbuka. Rizal juga turut kagum akan dirinya kerana faham akan keadaan Rizal yang terpaksa akur dengan kehendak keluarga. Dia juga mengerti bahawa restu keluarga amat penting dalam sesebuah perhubungan itu. Sesudah dia meletakkan telefon, Syariza menarik nafas lega kerana telah diberikan kekuatan untuk menerima semua yang telah berlaku kepada dirinya dengan hati yang tabah dan tegas. Mungkin ada hikmah disebaliknya…


6 comments:

  1. sobar yo la budak ni..den sekeh palo tu baru tau...

    **aku hanya mencuba dalam bidang penulisan nih...

    ReplyDelete
  2. oooo ~ bagus2,...ade peningkatan diri.

    hmm, aku sokong !!

    ReplyDelete
  3. hehe.. u hve da talent to write.. keep it up- pieja.

    ReplyDelete
  4. alamak azni. apsal anonymous je nie. x reti la- pija

    ReplyDelete