Friday, March 13, 2009

diriku dan dirimu..

Ketika aku bersendiri, wajahmu datang bertandang diruang fikiran. Lalu aku memikirkan tentang keadaan dirimu. Walau kita berjauhan, jarang berutus khabar berita, tapi dirimu masih aku kenang. Mengapa dirimu selalu bermain diingatan. Rindukah aku kepadamu. Apa yang istimewa tentang dirimu. Pabila aku selami dan aku perhati, ternyata didalam dirimu terdapat ciri-ciri seorang insan sejati malah memiliki daya imaginasi yang tinggi sehingga kadangakala tidak tercapai dek akalku ini.

Apa ini kelebihan dirimu dan itu adalah kelemahanku. Bila aku perhatikan, apa yang ada didalam dirimu tidak terdapat dalam diriku. Apakah kerana kita berbeza jantina? Tidak. Aku tidak merasakan begitu. Jantina tidak membezakan kelemahan dan kelebihan seseorang itu. Tetapi kelebihan yang dirimu miliki adalah pelengkap kepada kelemahanku. Dan kelebihan yang aku miliki adalah pelengkap kepada kelemahan dirimu.

Itulah kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan manusia berpasang-pasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Kita sebagai hambanya yang kerdil lagi hina ini seharusnya bersyukur akan kurniaan darinya. Nescaya Allah S.W.T itu Maha Adil lagi Bijaksana. Diwujudkannya perasaan kasih dan sayang sesama insan agar dari perasaan kasih dan sayang itulah akan mewujudkan bibit-bibit kebahagiaan dan keharmonian antara lelaki dan perempuan.

Tuesday, March 10, 2009

disebalik sebuah perhubungan..


Pernahkah anda menjadikan buah hati anda/kekasih hati anda sebagai tempat mengadu masalah, tempat untuk bercerita, tempat untuk berkongsi suka dan duka, menjadikan dia sebagai seorang pendengar yg setia…
Saya ada satu cerita mengenai seorang kawan saya yg saya kenal sejak dari sekolah lagi..dia ni terlalu sayangkan boifren dia..kalau boleh apa yg dia lakukan @ hadapi, akan dikongsi bersama dengan kekasih hatinya. Tetapi boyfriend dia ni buat yg sebaliknya. Terlalu perahsia. Xkan dengan awek sendiri pun dah sorok gak..ada apa2 ker?hehehe….camtu xde give and take lar…
Nak dijadikan cerita, boyfriend kawan saya ni ada exam MUET..boyfriend dia ni xbercerita langsung yg dia akan amik exam MUET. Sampailah ntah camne, tetiba kawan saya nie tepon la boyfriend dia ni pada malam tu..boraklah macam biasa..sampai tetiba, boyfriend dia kata dahla, xnak borak lagi dah..nak study katanya..yang kawan saya ni terkejutlah..study apa? Pelik pun ada...last2 boyfriend dia ckp ada exam MUET..kawan saya ni pun nak lah tolong boyfriend sendiri..klu boleh biarlah lulus dengan cemerlang..lalu, di offer la utk pinjamkan buku MUET kat boyfriend dia nie.. Boyfriend dia kata, xpe la..exam esok..klu pinjamkan pun xsempat..kawan saya ni pun xkisah la klu dah macam tu..
Then, seminggu selepas MUET, saya dan kawan saya bersama boyfriend kawan saya nie keluar hangout bersama..biasalah pergi minum2..Then, masa tgh minum ni, boyfriend kawan saya ni leh buruk2 kan kawan saya ni..boyfriend dia cakap yg kawan saya ni tak prihatin..boyfriend dia kata ‘ada ke patut esok dah nak exam, arini baru nak kasik pinjam buku MUET’…mula aku dengar, cam apsal lak cakap camtu..kata couple..couple biasanya akan tolong each other.. Then, lepas boyfriend dia nie cakap, terus kawan saya ni menyampuk…kawan saya kata ‘camne tak jadi macamtu..dah sapa suh tak bagitau awal2 amik exam MUET’…so, nak salahkan siapa dalam situasi yg macam ni…
Bila saya pikirkan semula, inilah bahana tiada komunikasi antara pasangan.. Kadang-kadang bende2 kecil camni lah punca pergaduhan yg sebenarnya. Atas sebab tiada sifat sensitivity... Yang lelaki ni ego, nak2 klu awek lebih sikit dari dia..memang selalu terjadi camni.. tapi sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, kadang2 rasa cam kerdil sahaja bila mana pasangan masing2 lebih dari diri dia sendiri… tapi orang kata, tak elok jika kita ada sifat yang mahu melebihi dari pasangan…
Seharusnya kene ada sifat tolenrasi sesame sendiri, saling berbangga dengan pasangan masing2, tidak berbalas antara satu sama lain, saling mempercayai, ada give and take, persefahaman, tidak malu akan kelemahan pasangan dan lain2 lagi... namun, adakalanya situasi seperti ini terjadi juga kepada saya di dalam perhubungan..
Pasangan saya ni seorang yg tidak suka bercerita mahu pun berkongsi masalah. Mungkin baginya tidak selesa untuk bercerita masalah kepada orang lain..ada mungkin baginya lebih selesa jika masalah itu diselesaikan sendiri tanpa bantuan dari orang lain even dari saya sendiri sebagai kekasih hatinya..namun, perkara2 macam inilah punca kepada miss communication dan ada masanya sehingga saya malas untuk bertanya dan malas untuk ambil tahu ada perihalnya.. sampai ada ketikanya saya merasa seperti tiada gunanya saya ni wujud dalam hidupnya.. pernah ketikanya, saya tidak bersuara dan mendiamkan diri tanpa memberitahu akan aktiviti saya kepadanya sehingga dia bertanya kepada saya kenapa tidak bagitau kepadanya… dengan selamba saya menjawab saja taknak bagitau..tak penting pun..watpe nak amik tahu..
Tetapi bila dipikirkan kembali secara rasionalnya, inilah sebenarnya punca yang akan mengakibatkan pergaduhan kecil terjadi.. akhirnya, saya sedar akan kesilapan dan memohon maaf atas keterlanjuran perbuatan dan kata-kata saya ini..
Maka kini dan hakikatnya kami masih bersama dan kekal bahagia dengan cara kami sendiri..walau dia dengan caranya dan saya dengan cara saya, namun perhubungan kami masih setia dan bahagia bersama…..