Friday, May 01, 2009

kasih yang tiada balasan...

Awak...
Awak, saya memohon maaf yang teramat sangat kerana telah menjadikan awak sebagai kekasih hati saya.. walau pada hakikatnya kita bukanlah sebuah pasangan.. saya tahu, curahan cinta dan kasih sayang awak hanyalah dogengan dan rekaan saya semata-mata apabila bercerita dengan teman-teman... maaf saya ucapkan kerana telah menjadikan awak sebagai kekasih hati saya dihadapan teman-teman yang lain sehingga mereka menyangka kita adalah sebuah pasangan yang bahagia...tetapi terima kasih saya ucapkan kerana awak tidak menafikan apa-apa di hadapan teman-teman..
saya tahu, dalam persahabatan tidak wujud perasaan cinta yang dalam..saya hanya bertepuk sebelah tangan..tidak dinafikan saya terlalu mengharap balasan perasaan kasih dan sayang dari awak..dan saya juga selalu berangan sekiranya awak membalas perasaan cinta dan sayang saya..ternyata segalanya indah belaka..tetapi semua itu hanyalah angan-angan saya sahaja..apa nak buat, saya sekadar bertepuk sebelah tangan..
kalau awak nak tahu, teman-teman ada yang kata bahawa saya beruntung sangat sebab dapat awak..sebab awak anak orang berada..ada segala-galanya..senang saya nanti..tetapi terus terang saya cakap kat awak..saya sayangkan awak bukan kerana harta benda, wang ringgit serta kemewahan yang awak ada..tetapi sayang saya kepada awak kerana diri awak serta kekayaan budi pekerti awak..saya bukan mata duitan yang hanya mengejar sebuah kekayaan..saya hanya ingin menumpang kasih dan sayang untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan...tidak dinafikan awak terlalu baik dengan saya..awak banyak membantu saya dan sentiasa ada tidak kira waktu saya sedang suka mahupun sedang berduka..kadangkala awak belanja saya makan..pada mulanya saya memang tidak kisah..tetapi selepas awak bekerja semakin kerap awak belanja saya..dan saya semakin segan..segan kerana saya tidak bekerja..ibarat seperti saya ni tidak mampu untuk membeli makanan sendiri..walau pada hakikatnya awak tidak pernah kisah dengan semua itu..awak terlalu baik dengan saya..kadangkala saya terfikir juga, adakah awak juga menyukai saya. kerana awak terlalu baik dengan saya..tetapi tidak pernah pula awak mengaku dengan saya yang awak juga menyukai saya..pada pandangan saya, awak terlalu baik, awak seorang yang penyayang dan terlalu mengambil berat akan diri sayatapi semua itu dulu..sewaktu dulu...tapi saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak..sebab awak memang yang terbaik bagi saya..saya sentiasa meletakkan awak di hati saya..saya sentiasa menjaga hati saya untuk awak dan saya juga sentiasa menjaga perilaku saya seolah-olah awak akan cemburu ataupun marah sekiranya saya tidak menjaga perilaku dalam pergaulan dengan teman-teman..walau pada hakikatnya semua itu tidak pernah awak peduli..kini, ada ketikanya saya merasakan diri saya seperti barangan mainan. bila awak sunyi, bosan dan tiada teman, awak akan datang mencari saya..memang saya ini sebenarnya tiada siapa-siapa bagi awak..saya ini seprti teman-teman awak yang lain..awak akan datang bila awak memerlukan..dan awak akan pergi bila diri saya sudah tidak diperlukan..mungkin saya harus menghentikan perasaan saya terhadap awak dan juga melupakan terus diri awak..kerana kehadiran saya tidak awak hargai..kehilangan saya juga tidak awak rasai..apa mungkin suatu hari nanti kematian saya akan menyedarkan diri awak tentang kewujudan diri saya ini????
....
...

4 comments:

  1. aznie..bnyak kn berdoa.. seandainya dia utk kita dia akan jd pasangan kita jg akhirnya. walau camna x suka org tu, even byk gaduh ke, x serasi ker tp if dh ditakdirkan jodoh kita, mmg itula pasangan kita. but if x da jodoh, walau kita syg kt dia sebyk mana skali pn, Allah sebernarnya dh tentukan yg trbaik utk kita..sabar n be strong k. 'u stil hve circle of fwen that will never let u down'. a fwen told me that;D cheer up k..(pieja)

    ReplyDelete
  2. erm..mana surat utk puyu. that a nice sad story..
    sedey la pija bca

    ReplyDelete
  3. ini cerita cerpen atau kisah idup ko?


    aku kagum ~ hmmm

    ReplyDelete
  4. kisah ini merangkap cerita rekaan dan juga kisah realiti..dua dalam satu...


    *terima kasih atas kekaguman anda..saya hargainya..heheeh...

    ReplyDelete