Friday, August 14, 2009

perginya insan di sayang..

sabtu dua minggu lepas..aku terima berita dari si dia mengatakan ibunya masuk hospital..di hati terasa ingin melawat..tetapi di larang oleh si dia...aku tidak pasti kenapa..tapi tidak mengapalah..mungkin dia ada alasannya sendiri..tiba-tiba hari khamis seterusnya, aku menerima panggilan dari si dia..nada suaranya seperti orang sedang menangis..hatiku sudah dihimpit pilu..si dia mengatakan ibunya sedang kritikal..tanpa membuang masa, aku menyudahkan segala kerja yang ada lalu mengambil cuti separuh hari..hatiku sudah tidak keruan sebenarnya tika mendengar suara sayu si dia di sana..aku bergegas ke hospital dimana ibunya di rawat..namun, tiba di hospital waktu melawat sudah tamat..tetapi kutekadkan juga hati untuk melawat..aku menghantar sms kepada si dia mengatakan aku sudah berada di lobi hospital..lalu dia membalas dengan menyatakan supaya aku terus ke tingkat 5 yakni wad icu..aku dihimpit perasaan cemas..nasib baik ketika itu aku tidak keseorangan.aku ditemani temas pejabatku.lalu aku menuju ke meja pengawal dengan mengatakan aku ingin ke unit icu.tetapi disoal oleh pengawal. beliau bertanya siapa yang berada di wad icu..lalu aku menipu dengan mengatakan ibu berada di wad icu..mungkin melihatkan mukaku yang agak hodoh lalu dibenarkan aku naik ke tingkat 5..tiba ditingkat 5, aku terlihatkan si dia sedang duduk bersila di tepi dinding dalam keadaan yang sangat sedih dan muram..hatiku dihimpit hiba..namun kata semangatku beri kepadanya agar si dia terus tabah menerima ujian dari yang Maha Kuasa..aku tidak dapat melawat ibunya di wad icu memandangkan ramai lagi ahli keluarganya yang belum berkesempatan untuk melawat..setelah hampir sejam berada di sana, aku mengundurkan diri dan berjanji akan datang kembali pada keesokan harinya..
esok harinya, bersama teman baikku, aku ke hospital lagi. kali ini aku datang dengan membawa air zam-zam dari Mekah..pemberian jiranku yang baru pulang dari umrah.air zam-zam itu bertujuan untuk membasahkan bibir, mata dan anggota yang lain ibu si dia.walau ajal maut segalanya di tangan tuhan, tidak salah rasanya sekiranya kita berusaha. namun, Allah s.w.t lebih menyayangi ibunya. pada malam itu, ibu si dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. malam terakhir ibu si dia, aku menerima kemalangan di jalan san peng ketika menemani kawanku mencari sekolah untuk peperiksaan ptd. pulang malam itu sesudah kemalangan, aku menerima berita dari si dia bahawa ibunya telah pergi buat selama-lamanya..aku sentiasa berdoa agar dia tabah dan cekalkan hati serta fikiran dalam menempuh ujian dari Allah s.w.t..
setiap kali selepas solat, akan ku sedekahkan al fatihah buat ibu si dia yang tersayang.. sekiranya ada kesempatan, kubacakan yassin dan doa tahlil buat arwah ibu si dia..aku sentiasa berdoa agar roh ibu si dia akan dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..kepada si dia, aku sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t semoga diberi ketenangan, ketabahan dan juga semangat dalam menempuh kehidupan..orang selalu berkata, yang mati tetap akan pergi..kita yang tinggal harus meneruskan kehidupan serta sentiasa sedekah doa kepada yang telah pergi..hari ini, genaplah seminggu pemergian arwah ibu si dia yang tercinta..semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang yang beriman serta tenang berada di sana..amin ya rabbal 'alamin..

1 comment: