Tuesday, May 12, 2009

kau bahagia ada dia..


salam..

hai suraya..aku ingat lagi malam itu kau datang kepadaku..kau datang dengan lirikan senyuman di bibir. aku bertanya, mengapa arini kau nampak sungguh gembira. lalu kau menjawab kepadaku, kau bahagia kerana kau ada dia dihati. begitu juga dia ada engkau dihati. aku gembira melihat engkau bahagia. aku turut gembira melihat senyuman manis yang tidak lekang dari bibir kau itu. aku pernah bertanya siapakah gerangan si dia yang kini bertakhta di hati kau. lalu kau membawa aku kepada album yang penuh dengan koleksi gambar kalian berdua. setiap gambar memberi makna bahawa kau sungguh bahagia bersama si dia. aku tumpang gembira. aku berterima kasih kepada kau, walau ketika duka mahupun gembira, segala-galanya kita kongsi bersama. walau kau ada dia, tapi kau tidak pernah melupakan diriku. kau jua sentiasa ada untukku. suraya, aku berdoa semoga kalian berdua kekal bahagia buat selama-lamanya. dan aku juga berharap, senyuman di bibir kau itu akan kekal buat selamanya. begitu jua persahabatan kita berdua..

salam mesra,
puyu

No comments:

Post a Comment