Friday, March 13, 2009

diriku dan dirimu..

Ketika aku bersendiri, wajahmu datang bertandang diruang fikiran. Lalu aku memikirkan tentang keadaan dirimu. Walau kita berjauhan, jarang berutus khabar berita, tapi dirimu masih aku kenang. Mengapa dirimu selalu bermain diingatan. Rindukah aku kepadamu. Apa yang istimewa tentang dirimu. Pabila aku selami dan aku perhati, ternyata didalam dirimu terdapat ciri-ciri seorang insan sejati malah memiliki daya imaginasi yang tinggi sehingga kadangakala tidak tercapai dek akalku ini.

Apa ini kelebihan dirimu dan itu adalah kelemahanku. Bila aku perhatikan, apa yang ada didalam dirimu tidak terdapat dalam diriku. Apakah kerana kita berbeza jantina? Tidak. Aku tidak merasakan begitu. Jantina tidak membezakan kelemahan dan kelebihan seseorang itu. Tetapi kelebihan yang dirimu miliki adalah pelengkap kepada kelemahanku. Dan kelebihan yang aku miliki adalah pelengkap kepada kelemahan dirimu.

Itulah kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan manusia berpasang-pasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Kita sebagai hambanya yang kerdil lagi hina ini seharusnya bersyukur akan kurniaan darinya. Nescaya Allah S.W.T itu Maha Adil lagi Bijaksana. Diwujudkannya perasaan kasih dan sayang sesama insan agar dari perasaan kasih dan sayang itulah akan mewujudkan bibit-bibit kebahagiaan dan keharmonian antara lelaki dan perempuan.

2 comments:

  1. Insaf kejap aku baca blog ko nih ~

    ReplyDelete
  2. eLeh..seKejap jeR kO inSaf..paStu WaT balik..hehe..




    *jgn mare..nnti cepat tuE...

    ReplyDelete